Perasaan itu takan bangkit sekiranya kita tidak membenarkannya.
Apa yang aku rasa macam mereka yang bersalah. Tapi pada masa yang sama aku tidak bertindak. Aku berpegang konsep ‘hormati yang tua, kasihi yang muda’. Sebagai yang muda aku menghormati mereka, nak bertegur lelebih apa pula kata mereka? Aku hanyalah menumpang.
Ekspresi pertama adalah sangat penting. Cara kita menegur, pandangan mata, bahasa badan akan diamati ketika pertama kali bertemu. Mereka yang lebih dewasa dan berstatus sebagai tuan rumah, haruslah melayan. Menegur sekadar dengan memberi senyuman, itu sudah memadai. Aku hanyalah menumpang.
Di setiap perenggan aku menggunakan kata-kata, ‘aku hanyalah menumpang’ menyebabkan diri aku secara mental dan fizikal mengundurkan diri dan bermalu sendiri. Apa yang aku boleh lakukan, adalah dengan menegur, bertanya dan bercakap. Ringankan mulut akan membantu. Tapi ekspresi wajah mereka; OUH, TAK BOLE BLAH. “Senyumlah kak” atau “tanyalah aku dah makan ke tak”, itulah yang aku harapkan. Tapi hampa.
Sudah lama aku bertahan, duduk saja tanpa apa kerja. Mungkin kerana tiada gaji maka tiadalah kerja untuk aku. Kehadiran aku hanyalah untuk memenuhi kehendak institusi. Aku akur dan patuh. Tapi ianya terlalu lama untuk aku dan alhamdulillah aku bertahan. Bolehlah aku membanggakan diri kerana aku dapat bertahan keadaan yang sebegitu. Aku menanti saat pembebasan dan kehidupanku sebagai seorang pelajar. Aku rindu kuliah, aku rindu ‘assignment’ dan aku rindu wifi Jaring yang boleh digunaka 24jam setiap hari. Jadi dengan hati yang tenang aku akan tetap menunggu saat itu.
Dua minggu lagi.
No comments:
Post a Comment