Sunday, August 8

ahad.tulis saja.

Kebosanan menyebabkan aku bertindak sedemikian. Walaupun pada mulanya aku gementar, tapi aku teruskan. Dua hari aku bercuti kerana peristiwa itu.

2.15 petang. Pergi menjemput adikku yang rela menemani aku untuk aku melalui peristiwa itu.

2.30 petang. Ruang yang besar itu tidak dipenuhi lagi. Mungkin mereka membatalkan hasrat mereka. Aku silap, kerana beberapa minit kemudian, mereka tiba dengan wajah yang manis dan menyenangkan. Alhamdulillah, terima kasih.

Aktiviti terus berlaku, dengan perubahan pihak yang memberikan pembentangan. Aku pasangkan telinga dan mendengar setiap penyampaian. Bila tiba masa aku untuk kedepan, seorang pensyarah telah memintas aku dengan membentangkan perkara yang sama. Terkejut dan gembira kerana aku tidak perlu bersuara.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang, perkumpulan bersurai dan aku keluar dengan penuh rasa girang. Aku bersyukur kerana Dr Maisarah telah menjadi heroku. Mereka sangat baik hati dan menenangkan dan dapat bersama-sama bermesyuarat dengan Timbalan Naib Canselor dalam bidang penyelidikan UKM, Prof Dato’ Ir Hassan Basri.

Lega.

No comments: