Tuesday, May 25

bertindak!!!

Okay, kita mansuhkan semua akta, undang-undang dan peraturan dalam dunia ni. Sebab manusia hidup untuk melanggar peraturan dan peraturan itu menyusahkan. Pffffttt!

Saya terbaca kes ibu bapa yang marah tentang tindakan guru memotong rambut anak mereka sehingga melepasi dahi. Okay, apa masalah ibu bapa ini? Pertama, kenapa nak marah? Dalam keratan akhbar menyatakan guru sekolah tersebut sudah bagi amaran supaya menjaga kekemasan diri semasa di sekolah. Pelajar tidak mematuhi peraturan, memang patut di ambil tindakan. Ibu bapa menyerahkan tugas kepada guru di sekolah, bila guru ambil tindakan dispilin, ibu bapa marah, melenting. Tapi bila guru buat tidak peduli dengan pelajar, ibu bapa pun nak marah juga. Mana pendirian ibu bapa? Mahu guru menjalankan tugas atau tidak?

Kalau tidak mahu anak-anak di kenakan tindakan displin ibu bapa patut memainkan peranan juga. Ambil kisah tentang aktiviti anak-anak. Ambil kisah tentang perkara baru/lama di sekolah. Galakan anak-anak mematuhi peraturan dengan menjadi contoh yang terbaik kepada mereka. Gunakan ‘signal light’ semasa di jalan raya, beratur semasa di dalam kesesakan jalan, bersabar, menunjukkan tingkah laku yang baik. Walaupun sekecil mana tindakan ibu bapa, ianya memberikan impak yang besar terhadap anak-anak. Tidak menjadi masalah untuk ibu bapa menegur, memarahi atau memukul jika niat untuk mengajar.

Ya, saya bukanlah seorang ibu bahkan bukanlah seorang guru. Tapi saya seorang manusia dewasa dan bakal menjadi pemimpin generasi akan datang. Dulu saya pun pernah bersekolah, jika saya di kenakan tindakan displin oleh guru, saya akan terima dengan gagahnya. “take it like a man”, walaupun saya seorang perempuan, terima hukuman tersebut kerana penerimaan hukuman itu akan mengajar kita untuk menjadi lebih bersabar, beretika untuk masa akan datang. Sekiranaya ibu bapa campur tangan tentang tindakan guru yang mana betul, mungkin masa akan datang anak-anak berani dengan sesuka hati saja melawan, tidak menghormati sesiapa. Kerana mereka rasakan, apa saja tindakan yang dilakukan itu betul saja.

Semua memainkan peranan masing-masing. Jatuh naik bangsa kita, itu semua di tangan kita. :)

No comments: